Tuesday, July 8, 2008

BAB WUDUK

0097
Dari Nu'man bin Mujmir r.a, katanya, "Saya naik ke loteng mesjid bersama Abu Hurairah, lalu ia berwuduk.

Sesudah itu ia berkata, "Saya dengar Rasulullah saw bersabda, ' Sesungguhnya umatku dipanggilkan di hari kiamat nanti dengan "Ghurran Muhajjalin", kerana bekas wuduknya (bercahaya). Barangsiapa ingin memanjangkan ghurrannya, hendaklah diperbuatnya."

*Memanjangkan ghurran ialah melebihkan had minimum kawasan wuduk, muka, tangan dan kaki.

__________________________________________________________________

0096
Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Tidak diterima solat orang yang berhadas, kalau dia tidak berwuduk."
Bertanya seorang lelaki dari Hadramaut, "Apakah hadas itu hai Abu Hurairah?"
Jawab Abu Hurairah, "Kentut, tidak berbunyi atau berbunyi."

No comments: